Saturday, June 06, 2009

Bengkel Kesaksamaan Gender (Gender Equality Workshop) 6 Jun 2009

Dr. Joyce, Kak Ann & Dr. Zaliha.


Dr. Joyce, Dr. Zaliha & Carol.


Carol, Dr. Zaliha, Kak Ann, Yock Lin (penceramah), YB Chong Eng, Dr. Joyce, Hasnah & Zarina.

.

Aktiviti.


Perbincangan.


Perbincangan.


Hasnah, Dr. Zaliha & Dr. Joyce.


YB Lydia Ong Kok Fooi (dari kanan) & YB Chong Eng.



Saya selaku Exco Wanita Keadilan dan juga Ahli Jawatankuasa Kesaksamaan Gender Pulau Pinang di bawah Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Pulau Pinang. Jawatankuasa ini telah berjaya menganjurkan suatu Bengkel Kesaksamaan Gender pada 6 Jun 2009 bertempat di Tanjong Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang.

Bengkel tersebut adalah percuma kepada para peserta. Walau bagaimanapun oleh sebab tempat adalah terhad, penyertaan hanya terbuka kepada 100 peserta yang terpilih dan terawal mendaftarkan nama sahaja.


Objektif utama bengkel tersebut adalah:


  1. Untuk membolehkan para peserta memahami konsep gender dan kesaksamaan gender
  2. Untuk membincangkan bagaimana stereotype gender dan diskriminasi gender boleh menjurus ke arah ketidaksaksamaan gender
  3. Untuk menjelaskan bagaimana pertindihan identiti boleh mempengaruhi kedudukan wanita dan lelaki dalam masyarakat
  4. Untuk memperkenalkan kepada para peserta prinsip-prinsip asas CEDAW bagi membolehkan mereka mengenalpasti kes-kes diskriminasi gender dan mengetengahkan konsep kesaksamaan gender


Bengkel tersebut dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, dan dibentang oleh penceramah yang telah dijemput dari All Women’s Action Society (AWAM). Sebuah pertubuhan NGO yang telah lama bergiat dalam memperjuangkan hak-hak wanita semenjak ditubuhkan pada tahun 1985.


Organisasi-organisasi yang telah mencalonkan golongan elit mereka bagi menyertai bengkel tersebut ialah Exco Wanita Keadilan yang diwakili oleh Dr. Zaliha, Kak Ann dan Hasnah, DAP, PAS, Wanita Mutiara, Wanita JIM, SUARAM, WCC, YWCA, PSLDA dan INTEL.


No comments:

Post a Comment