Saturday, May 16, 2009

民联妇女组发动签名运动 要求解散州议会 Wanita Pakatan Rakyat Kumpul Sejuta Tandatangan Desak Bubar DUN Perak

Ipoh best bean sprout chicken dinner 'belanja' by YB Chan Ming Kai.

Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah, Ketua Wanita PKR, YB Zuraida (center in black attire) & Ketua Wanita DAP, YB Chong Eng & YB Chan Ming Kai.

Joyce & YB Zuraida (center & both in black attire)

Joyce & YB Chong Eng


(光华日报)

二零零九年五月十六日 凌晨十二时十七分

(怡保15日讯)民联妇女组发动全民心声签名运动,希望在一个星期内集合100万签名,以呈交给霹雳州苏丹殿下,要求解散州议会。

人民希望解散州议会

民主行动党妇女组主席章瑛感到很高兴能够在怡保推展一个全民运动,集合众人力量要求解散霹雳州州议会,因为在全马占多数人民都希望能够解散州议会。

冀妇女选民响应签名

她表示,霹雳州共有52%是妇女选民,因此民联妇女组发动起这项运动,希望获得大家都出来签名,以向苏丹殿下反映我们的心声。

民联妇女组主席祖莱达和回教党全国妇女组主席努丽达在致词时同样表示,苏丹殿下应该解散州议会、还政予民。

此项签名运动的主要原因是指霹雳州国阵巫统使用肮脏手段夺权;5月7日州议会里发生的骚乱事件全世界都能证明;霹雳苏丹被迫等待5小时方能献词;5月11日高庭已经裁决尼查为合法大臣,而国阵大臣没有得到多数人民的信任;苏丹应该取回人民的信任以发展霹雳州 。

民联妇女组推展签名运动现场,派发了签名表格予每个地方代表外,也派发给一些非政府组织代表,同时也会将表格发送到全马各地,以在1星期内收集100万个签名。


(TV Antara)

May 16, 2009 | Last update on 16/05/2009 15:59

Wanita Pakatan Rakyat melancarkan kempen suara hati rakyat Perak bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri dengan segera bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Ini bertujuan memlangkan kembali mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan negeri pilihan mereka. Sehubungan itu Wanita Pakatan Rakyat akan turun padang untuk bertemu rakyat bagi mengumpul tandatangan sebagai gambaran suara hati sebenar mereka berhubung desakan pembubaran DUN Perak.

Kempen tersebut dilancarkan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, petang semalam.

Turut hadir pada pelancaran kempen mengumpul tandatangan ini ialah Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Perak.

Dalam ucapannya Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, kempen untuk mendesak pembubaran Dewan akan menjadi kenyataan jika semua pihak terutama golongan wanita di negeri ini memainkan peranan masing-masing.

Tambah beliau golongan wanita merupakan 52% daripada jumlah pengundi berdaftar di negeri Perak dan mampu menjadi satu kuasa pendesak yang berkesan untuk mencapai objektif pembubaran DUN dalam masa terdekat.

"Kempen untuk mendesak agar DUN Perak dibubar memerlukan peranan wanita kerana mereka memainkan peranan penting dalam kempen ini," kata Zuraida

Zuraida juga berkata kesangsian rakyat Perak terhadap kerajaan Umno-BN sudah semakin menebal disebabkan tindakan rakus mereka merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat Februari lalu.

Jelas beliau bertolak dari situlah tercetusnya krisis politik yang melanda negeri ini yang menyaksikan amalan demokrasi diperkotak-katikkan.

Jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini ialah dengan membubarkan DUN secepat mungkin bagi memgembalikan kuasa kepada rakyat.

Sementara itu Chong Eng yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata sudah sampai masanya golongan wanita tampil ke depan untuk meniupkan semangat juang agar kempen mendesak pembubaran DUN menjadi kenyataan.

Kata beliau lagi kempen mengumpul tandatangan yang dianjurkan adalah salah satu penggerak utama untuk mencapai matlamat ini.

Chong Eng juga berkata kempen mensasarkan sejuta tandatangan dalam tempoh seminggu sebagai lambang suara hati rakyat Perak yang mahukan pembubaran DUN dilakukan segera.

"Saya berasa kempen ini sangat bermakna kerana ianya pertama kali diadakan yang diterajui oleh wanita. Sudah sampai masa untuk wanita bangkit dan mengambil bahagian dalam perkara yang penting seperti ini," tegas beliau.

Sehubungan itu satu memorandum akan dipersembahkan kepada Sultan Perak secepat mungkin bersama sejuta tandatangan rakyat Perak yang melambangkan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk melihat pilihan raya diadakan bagi mengatasi kemelut politik.

Kempen ini juga akan mendapatkan kerjasama ketua kampung di seluruh negeri Perak bagi mendapatkan tandatangan penduduk kampung yang kemudiannya akan diserahkan kepada wakil rakyat masing-masing.

No comments:

Post a Comment