No matter how many Birthdays come and go, you will always be my little angel. Happy Birthday my boy!
Friday, April 05, 2013
Tuesday, April 02, 2013
Kenyataan Akhbar SetPol MB Selangor Faekah Husin Pada 2hb April 2013 - Kesediaan Wan Azizah Bertanding Di Selangor Menambah Kecelaruan UMNO
KENYATAAN AKHBAR
2 APRIL 2013
KESEDIAAN WAN AZIZAH BERTANDING DI SELANGOR MENAMBAH KECELARUAN UMNO
Tindakan UMNO terutamanya
Dato’ Seri Noh Omar melalak apabila mengetahui Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail mahu menawarkan diri untuk bertanding di Selangor memang sudah dijangka.
Begitupun, saya tidak menyangka kerisauan Noh telah menjadikan beliau
mengeluarkan pandangan bercanggah dan mengelirukan. Sekejap beliau berkata Wan
Azizah ditolak negeri sendiri, selepas itu pula berkata Keadilan Selangor
terpaksa menggunakan kekuatan Wan Azizah untuk hadapi PRU13. Nampaknya secara
tidak langsung Noh mengakui nama Wan Azizah digeruni Umno Selangor.
Noh sepatutnya lebih
risau akan kedudukan dirinya daripada sibuk dengan calon-calon Pakatan Rakyat.
Noh sepatutnya lebih risau tentang kedudukan beliau sama ada akan tersenarai
sebagai calon mahupun tidak. Meskipun beliau Timbalan Pengerusi Barisan
Nasional Selangor namun beliau tidak dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Pilihanraya BN tetapi Dato’ Seri Najib Razak melantik Dato’ Seri Md
Zin Mohamed sebagai Timbalannya. Angin kuat menyatakan Noh akan tersingkir kali
ini kerana banyaknya onar yang dilakukan hingga keluhan para petani miskin
sukar untuk disembunyikan lagi. Bagi menutup semua kelemahan diri, Noh
menumpukan serangan kepada Wan Azizah, satu perbuatan bacul yang dilakukan
seorang Menteri.
Malah Najib juga terpaksa
mengambil keputusan untuk menjadi Pengerusi UMNO/ BN Selangor dan melantik
dirinya sebagai Pengarah Pilihan Raya Selangor. Ini membuktikan krisis
kepimpinan UMNO Selangor antara Noh atau Mohd Zin dan Dr Khir Toyo tidak
menemui jalan penyelesaian. Dengan krisis yang semakin menonjol ini
nampaknyaNajib juga semakin tidak yakin dengan kemampuan pemimpin UMNO Selangor
menghadapi PRU13. Tambahan pula dengan ketandusan pemimpin di Selangor hasil
dari sikap cantas mencantas yang begitu ketara di dalam Umno. Kini, kehadiran
Wan Azizah di dalam arena politik Selangor telah menambah celaru
kepimpinan Umno Selangor.
Kenyataan Noh bahawa
kononnya Wan Azizah lari kerana tidak mendapat kepercayaan di negeri sendiri
adalah kenyataan panik, hentam keromo tanpa usul periksa. Malang sekali ianya
dikeluarkan oleh seorang Menteri dan Timbalan Pengerusi BN Selangor. Wan Azizah
memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti 13,398 undi pada 2008. Wan
Azizah mengambil keputusan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Dato’
Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah memenangi kerusi Permatang Pauh tersebut
dengan bergaya apabila memperolehi majoriti 15,671 undi. Jelas mereka bukan
ditolak oleh penduduk sendiri seperti kenyataan bodoh Noh Omar.
Berpindah kawasan adalah
perkara biasa dan merupakan strategi politik bagi setiap parti. Ia melambangkan
keberanian seseorang pemimpin untuk keluar dari zon selamat dengan tujuan
mengembangkan pengaruh parti. Tidak seperti pemimpin berjiwa kecil seperti Noh
yang memilih zon selamat seperti Tanjung Karang, pengundi majoriti Melayu dan
tidak berani bertanding di kawasan bandar dengan porla penduduk bercampur.
Harus diingat bagaimana
PRU12 telah ditetapkan hanya beberapa bulan sebelum Anwar layak bertanding. Tun
Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia sengaja
mahu menghalang Anwar dari bertanding kerana halangan perundangan. Maka
Wan Azizah telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh yang dimenanginya
pada PRU12 bagi memberi ruang kepada Anwar. Akibatnya Wan Azizah terhalang dari
bertanding kerusi Parlimen pada PRU-13 ini dan hanya boleh bertanding di kerusi
DUN. Tekanan politik yang dilakukan Umno serba sedikit telah mempengaruhi corak
organisasi dalam Keadilan. Ramai teman-teman saya mengeluh dengan keputusan Wan
Azizah ini, namun saya memujuk mereka dan diri saya sendiri, apa yang dilakukan
ini adalah yang terbaik untuk perjuangan dan hanya Wan Azizah yang mampu
melakukannya. Hanya manusia yang mempunyai kekuatan dalaman yang kuat akan
mampu melakukan seperti yang dilakukan Wan Azizah.
Tekanan tidak berhenti di
situ. Kini wujud pula tuduhan kononnya politik Keadilan adalah politik keluarga
ataupun sebuah dinasti. Noh Omar nampaknya tidak melihat sejarah dengan hati
terbuka. Wan Azizah lahir ke dunia politik secara rela-paksa dengan penentuan
keadaan bagi membela suami dan keluarga yang teraniaya. Manakala Nurul Izzah
yang ketika itu berusia 18 tahun terpaksa mengorbankan usia remaja dan mudanya
membela ayah dan ibu yang tersiksa kerana politik kotor dan jijik Umno.
Kemasukan mereka ke dalam politik bukan kerana merebutkan kedudukan di dalam
parti mahu pun kerajaan. Keadaan mereka tidak sama dengan kedudukan di antara
Tun Abdul Razak dengan Najib. Bukan juga seperti Tun Hussien dan Dato’ Seri
Hishamuddin malah jauh sekali dengan kedudukan antara Tun Dr Mahathir Mohamed
dengan Mokhzani serta Mukhriz.
Noh Omar dan mana-mana
orang Umno hatta orang-orang Keadilan sekalipun jangan sekali-kali
menyamakan kedudukan politik tiga beranak ini dengan politik anak beranak
yang wujud di dalam Umno mahupun di dalam BN. Politik Keadilan adalah politik
perjuangan yang telah memaksa tiga beranak ini tampil memimpin rakyat dengan
segala daya dan kemampuan mereka. Keadilan pada ketika itu tidak memberi
sebarang pilihan kepada mereka. Tidak seperti politik Umno yang telah
memerintah selama 55 tahun. Meletakkan anak beranak di dalam kedudukan parti
adalah bertujuan menyerahkan tampuk pemerintahan sebagai warisan.
UMNO melalak walaupun
Anwar dan Wan Azizah belum menyatakan dengan jelas untuk bertanding di
Selangor. Melihat telatah mereka yang terus melatah ini, memberi keyakinan yang
mendalam bahawa sebenarnya mereka tidak yakin untuk menang di Selangor walaupun
Najib mengetuai jentera Pilihan Raya BN Selangor. Telatah mereka juga
menguatkan kepercayaan kita bahawa Wan Azizah bakal memberi saingan hebat di
Selangor. Buat Wan Azizah, kecil tapak tangan, nyiru Selangor tadahkan..
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA MENTERI BESAR
SELANGOR
Subscribe to:
Posts (Atom)