Friday, June 17, 2011

Fuziah Salleh: Perbahasan pindaan Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia; berkaitan Lynas


15 June 2011


MP for Kuantan, FUZIAH SALLEH

4.47 ptg.
Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin turut
serta membahaskan di dalam membahas meminda Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia.


Saya bermula dengan menegaskan bahawa saya sesungguhnya menyokong pelaburan
demi pembangunan negara. Akan tetapi pembangunan yang bagaimana yang kita inginkan
ataupun investment bagaimana yang kita inginkan? Saya ingin membawa investment atau
pelaburan ini seiring dengan sustainable development ataupun pembangunan lestari. Apakah
yang dimaksudkan dengan pembangunan lestari? Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, sustainable development ataupun pembangunan lestari is a pattern of recourse used that aims to meet human needs while preserving the environment so that these needs can be met not only in the present but also for the generation to come without compromise.


Tuan Yang di-Pertua, pembangunan lestari ialah satu konsep yang telah pun diterima
pakai oleh Majlis Perbandaran Kuantan pada tahun 2001 dengan menandatangani Local Agenda 21. Majlis Perbandaran Kuantan committed kepada pembangunan lestari dan pembangunan lestari ini menerima segala bentuk pelaburan dan segala bentuk pembangunan. Akan tetapi ianya mestilah lestari seiring dengan konsep pembangunan lestari atau sustainable development yang saya sudah berikan definisi sebentar tadi.


Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan penggantian seksyen 6, functions of authority yang
mengatakan bahawa ada pindaan pada seksyen 6, akta ibu digantikan dengan seksyen 6 di
mana seksyen 6 bercakap berkenaan dengan undertake research and planning on methods
relating investment in the manufacturing and service sectors. Jadi maksudnya di sini, ini adalah
satu usaha yang dialu-alukan kerana tanpa kajian dan tanpa research besar kemungkinan MIDA
membuat keputusan yang silap dari segi menarik pelaburan. Contoh Lynas Corporation yang


DR. 15.6.2011
94
akan membina loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan ialah satu contoh di mana MIDA membuat
keputusan yang silap dan bercanggah dengan sustainable development.


1650
Tuan Yang di-Pertua, Lynas Corporation membeli mengambil alih Syarikat Ashturn Rare
Earth di Amerika. Ashturn Rare Earth telah pun mendapat lesen untuk membina loji yang sama di satu daerah district di Australia tempatnya namanya Mina di Northern. Mereka, Lynas
Corporation membeli daripada mengambil alih syarikat ini daripada Ashturn Rare Earth. Ashtrun Rare Earth telah pun mendapat kelulusan untuk membina loji nadir bumi di Australia pada tahun 1992. Melombong di Mount Weld, memproses di Mina district yang lain. Ianya mengambil masa 12 jam melalui kereta api. Di dalam lesen yang diluluskan oleh Kerajaan Australia yang diregulatekan ataupun yang akan dikuatkuasakan oleh Environmental Protection Agency (EPA) ada 41 komitmen yang Ashturn Rare Earth kena ikut. Ini tahun 1992, saya belum cakap lagi best practice pada masa sekarang ini dalam konteks sustainable development.


Apa yang perlu mereka beri komitmen bahawa transport (pengangkutan) daripada Mount
Weld itu perlu diselia dengan rapi supaya tidak ada kebocoran. Supaya apabila ada accident
(kemalangan) diambil kira segala langkah keselamatan. Kemudian, apabila sampai ke tapak
pemprosesan di kilang tersebut, di loji tersebut mesti ada buffer zone mesti tidak ada resident
ataupun penduduk dekat dengan situ. Ada internal buffer zone, ada external buffer zone, kena
monitor ground water, tidak boleh ada air di bawah tanah yang boleh dicemari dengan spillage
atau tumpahan sisa buangan.


Kemudian juga, dalam lesen tersebut disebut bahawa sisa radioaktif mesti dihantar balik
kepada Mount Weld dan ditanam di Mount Weld. Itu pada tahun 1992, apabila EPA Australia
meluluskan lesen kepada Ashturn Rare Earth. Setiap kali Australia EPA meluluskan dan
memperbaharui lesen 1998, lesen itu diperbaharui. Mereka menambah kepada syarat-syarat
keselamatan.


Kemudian, saya ada maklumat terkini pada tahun 2011 tahun ini 1 April, sewaktu EPA
meluluskan pembaharuan lesen kepada concentration plant di Mount Weld. Mereka melaporkan bahawa Lynas Corporation tidak menepati syarat dan dari segi keselamatan Lynas Corporation perlu memperbetulkan storage lining fertility yang telah ditetapkan yang tidak diikuti.

Poin saya di sini, Australia ada Freedom of Information. Rakyat boleh tahu apa yang
dilakukan oleh kerajaan. Rakyat bersama-sama di dalam proses membuat keputusan tetapi di
Malaysia, MIDA membawa Lynas Corporation ke Terengganu setelah menawarkan 12 tahun tax
free (bebas cukai). Strategic Finest Status dibawa ke Terengganu pada tahun 2007. Terengganu
mengambil masa untuk meluluskannya. Terengganu minta pandangan daripada pakar-pakar
alam sekitar.


Kemudian, MIDA membawa Lynas Corporation ke Pahang. Pahang meluluskan dalam
masa yang begitu cepat. Malah, report EIA, preliminary EIA yang dibuat oleh Lynas Corporation

DR. 15.6.2011
95
sendiri oleh satu konsultan yang namanya Amviron Consultant dibentangkan kepada Jabatan
Alam Sekitar, Pahang pada 20 Januari 2008. Diluluskan pada 15 Februari 2008. Masa tiga
minggu untuk meluluskan EIA.


Tuan Yang di-Pertua, ini bercanggah dengan sustainable development ataupun
pembangunan lestari yang diamalkan, yang ditandatangani oleh Majlis Perbandaran Kuantan.
Rakyat langsung tidak diminta pandangan. Sehinggalah saya membawa isu ini ke Parlimen pada bulan November 2008 barulah MOSTI datang ke Pahang, barulah MOSTI datang ke Kuantan pada awal 2009. Itu pun tidak membuat konsultasi dengan rakyat, hanya berjumpa dengan wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan pada ketika itu.


Tuan Yang di-Pertua, point saya di sini itu tentang sustainable development. Lynas
Corporation juga di dalam kertas cadangan mereka kepada UPEN Terengganu menyatakan
bahawa sisa buangan mereka tidak radioaktif. Kerana apa? Kerana ianya di bawah paras yang
dipanggil radioaktif. Mereka menggunakan standard negeri China. Standard negeri China
meletakkan tahap ataupun paras itu kepada 74 becquerels per gram dan waste ataupun sisa
buangan daripada Lynas Corporation nanti daripada loji ini ialah 61 becquerels per gram.
Ahli Yang Berhormat boleh tengok Radiological Impact Assessment (RIA) reports
yang sekarang terpamer yang dulu kita tidak dapat. Apabila kita dah buat bising baru hendak
pamer. Apabila kita sudah buat bising baru hendak tunjuk EIA report. Tuan Yang di-Pertua, RIA
report mengesahkan bahawa tahap radio aktif di dalam sisa buangan yang keluar daripada loji
nadir bumi di Gebeng nanti ialah 61 becquerels per gram. Sedangkan, sekiranya Lynas
Corporation buat loji ini di Australia, paras yang digunakan oleh Australian, Australian
Environment Protection Authority (EPA) di Australia ialah 1 becquerels per gram. 1 becquerels
per gram saya ulang.


Di kilang mereka di Mount Weld sekeliling 30 kilometer radius tidak ada seorang pun
penduduk. Sekitar 25 kilometer tidak ada sumber air bawah tanah tetapi di Gebeng kita ada 15
ribu penduduk sekitar tiga kilometer radius. Kita ada 700,000 ribu penduduk sekitar 30 kilometer radius. Sehingga hari ini Lynas Corporation belum ada satu konkrit waste management plan. Ini Yang Berhormat Menteri MOSTI boleh sahkan. Belum ada sedangkan kilang ini dijangkakan beroperasi pada bulan September. Bagaimana kita menjamin keselamatan penduduk-penduduk di sekitar? Siapa yang akan bertanggungjawab? Memang boleh selamat kalau ikut A, B, C, D. Saya tidak pertikaikan perkara itu. Akan tetapi sekiranya dalam keadaan ada kemalangan, ada human error siapa yang akan bertanggungjawab?


Dalam kategori waste Lynas Corporation ini, Lynas Corporation tidak berterus terang
mereka menggunakan standard negeri China. Oleh kerana MIDA tidak buat research, oleh
kerana MIDA percaya bulat-bulat apa yang Lynas Corporation katakan dalam kertas mereka.
Lynas Corporation kata tidak ada torium. Dalam EIA dia tidak sebut kan uranium pun. Dia sebut sikit tentang torium. Akan tetapi, di dalam report dia tidak ada torium. Akan tetapi, bacalah balik


DR. 15.6.2011
96
kertas kerja UPEN itu ada ThO2. Apa itu para-para saintis? Bukankah ThO2 itu thorium dioxide.

Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Kota Belud beritahu kepada orang semua yang saya
ada MBA. Itu menunjukkan bahawa saya ada kemampuan untuk membuat keputusan yang betul berkenaan dengan pengurusan.


Memang saya bukan pakar dari segi nuklear atau atomic tetapi saya duduk dengan
pakar. Saya bincang dengan pakar. Tiap-tiap hari saya tanya pandangan pakar. Saya mahu jadi
Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan saya bagi tahu memang MIDA terlepas pandang
perkara ini di dalam membawa investment Lynas Corporation ke Malaysia. MIDA hanya lihat
kepada keuntungan. Memang ini adalah industri strategik tetapi ia juga membawa bersamanya
bahaya. Dalam proses refinery ini dia ada satu proses yang dipanggil cracking and separation di
mana galian rare earth itu yang melekat bersamanya uranium dan torium terpaksa dipisahkan
untuk mendapat rare earth yang mahal itu. Jumlah eksport akan berjumlah RM8 bilion setahun.

RM8 bilion setahun. Jumlah pekerja 350, cukai kosong selama 12 tahun.


1700
Apakah keputusan ini satu keputusan yang wajar di dalam keadaan risikonya terlalu
tinggi. Sungai Balok sebelah sahaja dengan kilang tersebut. Sungai Balok akan membawa ke
laut. Kalau Yang Berhormat Menteri sungguh-sungguh ikhlas ajak saya bersama, saya tunjuk
bukti. Akan tetapi kenapa tidak panggil? Kenapa menolak apabila kita minta hendak jumpa,
apabila saya hendak bawa orang Kuantan ajak bincang bagaimana kita sama-sama pilih panelpanel pakar antarabangsa? Kita di sini undang-undang kita tidak meletakkan Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar sebagai regulator.


Di sini AELB ialah regulator, bukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tidak ada kuasa untuk regulate. Bagaimana mungkin AELB hendak melihat kepada masalah kesihatan nanti. Masalah pencemaran udara, masalah pencemaran sungai. Kemudian kalau laut tercemar Kuantan merupakan di antara pelabuhan perikanan yang terbesar di Malaysia.

Kalau tercemar laut-laut kita bukan sahaja di Malaysia industri perikanan kita akan
tercemar malah serantau Asia juga akan tercemar. Di sebelah Gebeng itu ialah Club Med. Tuan
Yang di-Pertua, siapa hendak bercuti di Kuantan? Siapa yang hendak pergi bercuti untuk
mendapat radiasi? Siapa yang hendak pergi bercuti to a radioactive holiday? Tuan Yang di-
Pertua, kita ada industri makanan laut, kita ada industri keropok lekor, kita ada industri ikan
bakar, bagaimana mungkin MIDA terlepas pandang semua itu? Semua ini akan hancur dan
Kuantan akan menjadi satu bandar mati.


Tuan Yang di-Pertua, isu ini bukan isu teknikal semata-mata. Isu ini ialah isu yang
melibatkan keselamatan, kesihatan orang awam dan bukan dalam jumlah yang sedikit. Oleh
sebab itulah Malaysian Medical Association, telah pun membuat satu kenyataan yang tegas
bahawa kilang ini berbahaya. Sebab itu saya hendak tanya kepada Ahli-ahli Parlimen sebelah


DR. 15.6.2011
97
sana, apa yang sungguh-sungguh hendak tahan sangat Lynas ini, 100% milik Australia. Kenapa
kita sanggup mempergadaikan dan memperjudikan keselamatan orang kita sendiri? Apa yang
Yang Berhormat dapat, melainkan adalah projek atau apakah? Jadi dia tidak bayar cukai dia
senang sahaja hendak bayar lain-lain.


Saya tidak menuduh, tetapi tolong Tuan Yang di-Pertua held your heart in the right
place. Buat keputusan yang betul. Investment tidak mengapa. Must be the right investment. Must
be sustainable. Dalam konteks itu MIDA harus perkemaskan usaha mereka dalam research
MIDA sebelum meluluskan mana-mana investment. Mesti meletakkan kepentingan berteraskan
pembangunan lestari tadi.


Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Minta penjelasan.


Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya ulang.


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Ledang bangun Yang Berhormat.


Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Okey.


Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
Yang Berhormat Kuantan. Saya sebenarnya simpati dengan semua perkara yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat Kuantan. Sebenarnya saya juga amat bimbang dengan beberapa
kemungkinan yang buruk yang berlaku akibat daripada pembinaan kilang Lynas tersebut.
Daripada satu sudut saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuantan dan saya
bersetuju dan saya juga menyokong apa-apa tindakan yang perlu dibuat ke atas kilang tersebut
termasuk keluar daripada negara kita tetapi dengan syarat. Syaratnya ialah kita mesti juga memperakui semua laporan keputusan yang dibuat oleh pakar-pakar, saya tidak ingin bias mana-mana.

Maksudnya Yang Berhormat Kuantan, saya menyokong Yang Berhormat Kuantan tetapi dengan syarat sekiranya pendapat-pendapat semua pakar itu yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa kita terima dan membuat satu keputusan yang tegas bahawa memang kilang tersebut berbahaya boleh mengeluarkan radioaktif dengan sebagainya, membunuh alam sekitar menyebabkan kerosakan alam saya setuju.

Saya akan menunggu apa juga keputusan yang dibuat nanti walaupun sudah ada
keputusan awal yang akan dibuat oleh pakar-pakar seperti IEA dan sebagainya, oleh badan atom antarabangsa dan semua pakar yang berkaitan dengan radioaktif. Jadi Yang Berhormat Kuantan itu pendirian saya sebab kita ada berdiskusi di siber maya sana. Akan tetapi dengan syarat mesti kita akur dengan pendapat-pendapat tersebut. Sekian, terima kasih.


Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Okey terima kasih Yang Berhormat Ledang. Betullah
memang kita, sebaik-baiknya kita hendak menerima pandangan panel antarabangsa. Saya pun
meletakkan harapan kepada panel antarabangsa ini. Cuma ini perkara yang saya hendak
tegaskan juga kepada MITI. Panel antarabangsa ini pertama mereka adalah promoter of nuclear.
Bagaimana mungkin promoter jadi regulator? Dari segi prinsipnya salah, itu yang pertama. Dia


DR. 15.6.2011
98
mesti ada separation promoter dengan regulator tidak boleh badan yang sama. Panel ini Tuan
Yang di-Pertua adalah promoter of nuclear. Bagaimana mungkin mereka regulate projek ini. Itu
yang pertama.


Kedua, mereka juga akui dalam pertemuan mereka bersama saya bahawa di dalam
panel mereka sembilan orang itu tidak ada seorang pun public health expert. Mereka membawa
nuclear expert ada seorang daripada Kanada dan mereka juga membawa environmental
engineer. Mereka tidak membawa pakar public health. Maksudnya di situ ada gap dari segi
kepakaran yang mereka bawa dan mereka mengaku kepada saya dari segi lantikan tersebut.
Jadi sebab itu mereka juga mengatakan bahawa keputusan mereka ialah keputusan
teknikal. Repot mereka nanti ialah repot teknikal. Mereka tidak boleh terlibat dengan dasar
mereka kata. Apa maksud repot teknikal? Saya boleh bayangkan, kilang ini boleh selamat jika
diambil kira segala concern kita dan untuk memastikan ianya selamat, 1, 2, 3, 4, 5, mesti
dipatuhi. Kalau Lynas di Australia di mana regulationnya begitu ketat terbukti tidak ikut peraturan, terbukti melanggar ketetapan dan peraturan yang ditetapkan bagaimana mungkin Lynas boleh comply di Malaysia. Ini saya tidak yakin. Dalam keadaan kita tidak ada EPA, kita tidak ada undang-undang alam sekitar yang ketat. Kita punya regulator ialah AELB yang tidak ada mandat untuk melihat kepada permasalahan alam sekitar. Bagaimana mungkin kita hendak monitor dan regulate apa dia cadangan-cadangan IEA. Itu permasalahan orang Kuantan sekarang ini.


Ini saya minta MITI tengok betul-betul sebab MIDA di dalam membuat keputusan tadi
tidak memegang kepada prinsip pembangunan lestari. Saya bukan tolak semata-mata kerana
saya suka untuk tolak, tetapi kerana ianya satu permasalahan yang sungguh-sungguh harus kita
ambil kira. Ianya melibatkan orang ramai, ianya melibatkan keselamatan awam, ianya melibatkan masalah. Kalau di Australia mereka kata risk. Kalau risiko kilang itu satu dalam sejuta pun mereka tolak inikan pula kita ada 15,000 penduduk dalam radius dua atau tiga kilometer sahaja keliling kilang.


Tuan Yang di-Pertua, orang Kuantan kalau mengikut Local Agenda 21, rakyat Kuantan
mesti diajak berunding sebelum lesen itu dikeluarkan oleh majlis perbandaran. Akan tetapi
perkara itu tidak berlaku. Kalau rakyat Kuantan diajak berunding rakyat Kuantan akan tolak
projek itu dan ini terbukti dengan 51,000 tandatangan yang telah menuntut supaya lesen operasi
tidak dikeluarkan oleh AELB pada bulan September. Tuan Yang di-Pertua, best practice yang
terkini ada di Australia, Syarikat Arafura, best practice pada hari ini ada di Molycorp di Mountain
Pass, California. Syaratnya terlalu ketat, kalau Yang Berhormat boleh baca Repot EU Parlimen,
kita Ahli Parlimen tentu sekali boleh baca Repot EU Parlimen.


1710
Bagaimana best practice ini akan diguna pakai sekiranya mereka mahu membuat kilang
yang sama di California dan juga di Australia. Di suatu tempat yang manusia tidak ada, di suatu
tempat yang tidak ada banjir, yang kering, di dessert, di tempat arid, ada buffer zone, internal,


DR. 15.6.2011
99
external dan segala monitoring – ground water dan sebagainya. Malah, di Mountain Pass,
Molycorp disuruh untuk dikeringkan supaya tidak ada air dan kemudian ditanam dengan lead
walls. Akan tetapi, Lynas di Gebeng kata mereka hendak simpan dalam open pond forever dan
mereka kata selamat sebab di bawah tahap radioaktif waste dan mereka kata selamat di bawah
tahap sebab mereka guna standard negara China. Mereka tidak guna standard negara Australia.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya ingin akhiri hujah saya dengan mengatakan di
sini bahawa MIDA bertanggungjawab untuk membawa segala pelaburan, MIDA
bertanggungjawab untuk membawa pelaburan yang sihat, yang membangunkan negara, MIDA
bertanggungjawab juga untuk membuat satu keputusan yang betul. Tanpa research, dengan
mengambil kira bulat-bulat apa yang mereka beri kepada kita, kita mudah tertipu. Mereka adalah
negara dunia kelas pertama. Jangan benarkan mereka buat begini kepada kita negara kelas
ketiga dengan alasan pembangunan, investment, kesenangan, kekayaan. Orang Kuantan tidak
bodoh.

Cost versus benefit, benefit versus risk mesti diambil kira. Dalam hal ini, saya tegaskan
di sini MIDA buat silap dan AELB tidak boleh keluarkan lesen operasi. Orang Kuantan tidak akan
izinkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-15062011.pdf

No comments:

Post a Comment